Welcome to Bieber Swagger :) Follow me | Dashboard
TrueBelieber





Hidup Penuh Cabaran
Sabtu, 7 Januari 2012 | 5:42 PG | 0 comments





There is only one happiness in life,to love and be loved.♥ 

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,salam 1 Malaysia.Post saya pada kali ini adalah tentang kehidupan seharian kita,tentang kawan,tentang keluarga,tentang cinta dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan 'Hidup'.Ya,setiap makhluk hidup di muka bumi ini ada caranya tersendiri,kitaran hidupnya tersendiri.Tak kira haiwan,manusia mahupun tumbuhan.

Allah mengurniakan perasaan yang pelbagai kepada manusia,antara yang paling diketahui adalah marah,sedih dan gembira.Manusia pasti juga bergaduh,tak kira pada peringkat umur berapa dan bila.Itu adalah lumrah kehidupan.Semakin lama kita membesar semakin matang pemikiran kita dan kita mampu untuk menjalani kehidupan kita sendiri.Kita hidup di muka bumi ini,pasti ada yang benci dan pasti ada yang suka.Bak kata pepatah "Buang yang keruh,ambil yang jernih" dan kita jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang banyak,hidup tidak akan tenang.Kita harus relaks dan bersabar,ingatlah...Ini semua dugaan Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Penyayang.Allah menyayangi kita,dan sebab itulah Dia memberikan kita dugaan,untuk melihat kita,untuk menguji tahap kesabaran kita.Dengan izin Allah SWT,pasti hidup kita bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Sahabat pula,ada yang boleh dipercayai ada juga yang tidak boleh dijadikan sebagai kawan.Manusia mempunyai pelbagai ragam,kita harus menggunakan otak dan dapat membezakan rakan mana yang buruk dan yang baik.Contoh seperti,memilih seorang rakan yang kuat ponteng kelas,menghisap rokok,merempit dan sebagainya.Itu adalah perkara negatif dan kita mungkin akan terjebak dengan segala perkara yang buruk.Kalau berkawan dengan orang yang baik,kita dapat merasakan bahawa hidup kita diberkati Allah,carilah rakan yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar,nescaya persahabatan kamu itu akan kekal sampai bila-bila.

Seperti kata cikgu saya 'Jikalau mendekati tukang besi,bajumu terkoyak akibat api yang terpercik tetapi jikalau kamu mendekati perniaga minyak wangi kamu akan berbau wangi dan harum'.Cikgu maksudkan adalah jikalau kita berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya,maka masyarakat akan memandang serong dan berfikiran negatif terhadap kita (iaitu dengan memikir bahawa kita mempunya perangai yang sama) dan jikalau kita berkawan dengan orang yang tinggi akhlaknya dan seorang yang bijaksana,maka kita juga boleh memperolehi sedikit keuntungan dengan ilmunya dan mengikutinya menuju ke arah kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Sifat manusia? Setiap manusia pasti ada sifat dengki,cemburu dan lain-lain.Tetapi,siat dengki janganlah melampau,jikalau kita dengki akan manusia dan ingin memburukkan dia.Lebih baik kita buang siat itu jauh-jauh.Tetapi jikalau kita berdengki dengan dia hanya kerana dia seorang yang penuh ilmu di dada dan ingin menjadi sepertinya,adalah tidak menjadi suatu dosa dan Allah tidak akan berhenti memberikan rezeki dan satu hari nanti pasti kita akan menjadi sepertinya.Manusia..manusia..Inilah karenah mereka selama ini,cemburu,dengki,marah antara satu sama lain kerana perkara yang tidak sepatutnya.

Mulalah manusia buka mulut,reka cerita sana-sini hanya untuk memburukkan dia dan mendapat nama!! Itu adalah perkara paling bodoh pernah saya tahu,kita tak sepatutnya berbuat demikian.Kita harus menerima seseorang itu dengan seadanya,sudah menjadi rezeki mereka jika dia lebih hebat daripada kita.Tak semestinya dia hebat,kamu rasakan diri kamu ini hina! Usah berasa demikian,kerana Allah telah mencipta setiap makhluknya dan jikalau dia mempunyai kebolehan untuk menjadi seorang yang hebat,kamu pula mempunyai kebolehan kamu sendiri tetapi kamu yang tidak menyedarinya.
Itu sahajalah untuk hari ni,saya sudah bercerita dengan panjang lebar.Mungkin esok pula sambung tentang kisah manusia :) Salam & selamat tinggal saya ucapkan kepada pembaca. 

don't leave me!
| 5:40 PG | 0 comments




Ok tiba-tiba tengah Skype dengan Mahfuzah and Syera an. Fuza cakap dia nak pindah tahun depan. Hukkkkk! SEDIH NYAAAAAAA aku dengar. Tapi maybe dia tak tahu aku sedih. Walaupun time tu kitorang tengah gila 3 orang tapidalam hati aku nangis.
Aizi pun kata nak pindah, tapi aku harap dia tak jadi sebab dia kata dulu malas nak pindah. Kalau Fatin Izzati memang nak pindah :'( .  Kelantan pulak tu.
Nak nangis jeh bila aku bayangkan tahun depan kawan aku tak ada, just Liesa, Ceya. Husna tu tak tahu pindah tak.

Aku rindu time form 1 friendship kita . Tahun depan semua hancur !! Sorry Over sikit. Aku nak Skype dengan fuza, mesti nanti dia lupa aku sebab dah ada kawan baru kat Meru tu. Then dah malu sebab lama tak nampak. Hukkkkk! Syafrafa tu mesti ah pindah kan. Pandai !

Kalau dulu aku gelak dengan Aizi, Fuza semua. Nanti nak gelak dengan siapa lagi. AIZI !!! Kau ingat tak kita gelak macam pontianak time form 1 satu kelas gegar? Best dohhhh! Sampai Khidir marah.
Aku nk macam tu lagi. Walaupun tak matang, tak apa lah. Aku tak nak hilang korang-korang !!
Harap sangat korang tak pindah ! Tapi aku siapa. Aku nak tenguk korang berjaya kan. Sokey
SYAF!!! Kalau kau pindah, siapa nak majukan KRS ? Dulu time form 1 memang ah KRS down kan? Kau tenguk bila form 3 kau yang handle. Akhir tahun menang jugak!! Setelah sekian lama Polis ambik kejuaraan tu. Takkan Naddin yang handle, aku macam pfffftt sikit ah dengan dia. (Harap Naddin Tak Baca)!! 

Liesaaa!!! Kau kan selalu gelak macam exoss. Kau tak tinggal aku kan tahun depan?! Yayyyyyyyyy!!! Tapi tahun depan dah tak boleh gelak. Kena serious.! SPM coming soon.

And lastly nak cakap, AKU SAYANG SEMUA KAWAN AKU.!!!
Nur Fizatul, Melisa , Ranijah , Muttmaina , Vanisha , Rika  , YANG PENTING LAGI! :Illyas, HaizaSuriana , Shahirah Muhiddin , Fatin Izzati.
Korang dengar lah lagu 'Gift Of A Friends by Demi Lovato' that song for you all my beloved friends ! Tolong dengar sampai habis demi aku. Aku nangis dengar lagu nie. SERIOUS. v_v